8.9.11

Ulasan Kulit "Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana"

"Bergembiralah kamu kerana sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu adalah sama dengan 1000 orang daripada Yakjuj dan Makjuj" Direkodkan oleh Bukhari.


Buku ini telah menjadi koleksi peribadi saya pada 4 bulan yang lalu namun memandangkan komitmen kerja di pejabat ditambah lagi dengan komitmen berterusan yang perlu dicurahkan di rumah bersama anak-anak dan isteri menyebabkan isi buku ini masih belum dapat ditelaah sepenuhnya.

Tajuk penuhnya "Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana" pada muka hadapan dan setebal 749 mukasurat tidak termasuk muka kulit menjadi rebutan pada awal keluaran iaitu dalam tahun April 2011 masihi mengambil lanjutan populariti 3 buah buku penulis “Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander” yang diterbitkan pada 2009 dan 2010 . Pada bahagian kulit belakang menerangkan secara ringkas mengenai sambungan cerita daripada Yakjuj & Makjuj episod satu dan juga episod dua. Saya katakan buku ini berepisod kerana sebelum ini juga penulis telah menerbitkan buku bertajuk “Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung” yang mendedahkan bangsa misteri Yajuj Makjuj ini dan penulis menemukan satu bangsa yang mirip dengan karakter Yakjuj & Makjuj dekenali sebagai bangsa Scythia dan juga Pergunungan Kaukakus sebagai lokasi tembok Yakjuj & Makjuj.

Manakala buku “Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana” mendedahkan lima lagi bangsa Yakjuj & Makjuj yang terkenal dengan serangan kejam berdasarkan kajian penulis dengan rekod sejarah. Jika dilihat sekali imbas kandungan buku ini dapat dilihat bahawa penulis sangat teliti dalam penulisan beliau dengan paparan fakta menarik. Fakta yang menarik menjadi tarikan kuat untuk saya membeli buku ini pada sekali pandang. Buku ini saya beli di Hentian Puduraya semasa tempat tersebut belum melalui proses naik taraf dengan harga RM35 tunai. Ulasan isi buku akan ditulis pada kelapangan yang lain.